Intel Hadir Dengan Kemaskini Spectre Terbaru Untuk Pelbagai CPU Intel Skylake

Intel Hadir Dengan Kemaskini Spectre Terbaru Untuk Pelbagai CPU Intel Skylake

Diterbitkan pada Feb 8, 2018 oleh .

Masalah kerentanan CPU Spectre dan Meltdown dilihat masih lagi membelenggu sebahagian besar para pengguna komputer di seluruh dunia, dengan Intel memberitahu pengguna-pengguna supaya kemaskini mereka sebelum ini tidak harus dimuat-turun kerana ia memberi masalah baru kepada pengguna-pengguna tersebut.

Baru-baru ini, Intel hadir dengan pengumuman terbaru bahawa kemaskini untuk CPU siri Skylake sudahpun disahkan dan telah dihantar ke rakan-rakan pembina OEM Intel untuk disebarkan kepada pengguna-pengguna komputer dan laptop yang berkaitan.

Menurut blog Intel, siri CPU Intel Skylake yang layak untuk kemaskini ini termasuklah siri Skylake U-, Y-, H- dan S-, dari Celeron hinggalah ke siri Core dan Core-m. Tambahan lagi, kemaskini untuk siri Haswell dan Broadwell juga sedang diuji oleh Intel, tetapi tidak memberitahu bilakah kemaskini-kemaskini tersebut akan hadir untuk dimuat-turun.

Intel menyarankan lagi bahawa apabila kemaskini ini hadir melalui rakan-rakan OEM mereka, mereka patutlah mengemaskini komputer mereka secepat mungkin untuk memperbaiki masalah kerentanan tersebut.


TIPS & ULASAN