Opera 51 Dilancarkan – Lebih 38% Pantas Berbanding Mozilla Firefox

Opera 51 Dilancarkan – Lebih 38% Pantas Berbanding Mozilla Firefox

Diterbitkan pada Feb 8, 2018 oleh .

Opera hari ini telah melancarkan pelayar web versi terkini mereka, iaitu Opera 51 untuk desktop. Melalui kemaskini baru ini, Opera dilihat memfokuskan kepada kepantasan dan kelancaran pelayar web berkenaan berbanding versi sebelumnya.

Melalui perbandingan yang dilakukan oleh Opera, mereka mengatakan Opera 51 lebih 38% lancar berbanding dengan Mozilla Firefox 58 ketika diuji menggunakan sistem Windows.

Opera 51

Disamping itu, kini Opera turut memudahkan anda menatal ke atas sesuatu web dengan pantas – dimana anda hanya perlu klik pada sesuatu tab sahaja, dan ia akan menatal kembali ke bahagian paling atas.

Beberapa perkara baru yang turut disertakan adalah termasuk paparan Private Mode yang dikemaskini untuk macOS, dan kebenaran untuk semua web menjalankan kandungan Flash.

Bagi anda yang menggunakan Opera, boleh mengemaskini pelayar web anda hari ini, dan menikmati ciri-ciri baru yang disertakan ini.

Muat-Turun Opera 51 untuk desktop


TIPS & ULASAN