Carian
Sebahagian Kod Sumber Untuk iOS Tertiris Ke Arena Internet
February 8, 2018 Aman

Apple sering melindungi pelbagai kod sumber untuk sistem operasi mereka disebabkan beberapa perkara, termasuk sekuriti. Namun, ia tidak menghentikan daripada kod sumber berkenaan ditiriskan oleh beberapa pihak.

Terkini, kod sumber untuk komponen teras sistem operasi berkenaan telah pun tertiris dan dikongsikan di laman GitHub. Dinamakan sebagai iBoot, ia adalah sebahagian daripada sistem operasi iOS yang memfokuskan kepada kebolehan sistem operasi berkenaan di boot dalam keadaan selamat.

Kod iBoot ini dikatakan adalah daripada iOS 9, dan tidak membolehkan pengodam compile dan menggunakannya. Namun, mereka yang pakar dalam bidang godaman atau kajian sekuriti boleh menyemak kod sumber berkenaan dan mencari beberapa kerentanan dan pelbagai perkara lain melaluinya. Ia juga mungkin digunakan pengodam dalam membangunkan jailbreak dan sebagainya.

Ia dikatakan perkongsian kod sumber iBoot ini pada awalnya hadir pada Reddit, tetapi menerima lebih perhatian pada hari ini disebabkan perkongsian kod berkenaan di GitHub – salah satu laman yang popular dikalangan para pembangun.

Komen