Cari @ Amanz

Google telah mula mengalakkan pelbagai pembangun web untuk mula mengimplementasi HTTPS pada laman web mereka, sekaligus melindungi beberapa data pengguna melaluinya. Malah, mereka turut telah melabelkan laman tanpa HTTPS yang meminta memasukkan kata laluan dan sebagainya sebagai “Not Secure” sejak tahun lepas.

Kini, bergerak kehadapan, Google mengumumkan yang mana mereka akan melabelkan semua laman web yang tidak menggunakan HTTPS sebagai “Not Secure” bermula Chrome 68 kelak.

Chrome 68 HTTP

Chrome 68 disasarkan untuk diperkenalkan pada Julai 2018 kelak, dan langkah Google ini dijangka akan membuatkan majoriti besar laman web mengimplementasinya sepantas mungkin.

Google turut mengatakan yang mana kini sekita r81 daripada 100 web terkemuka menggunakan HTTPS secara menyeluruh, selain sekitar 68% trafik pada Chrome di Android dan Windows dilindungi kerana penggunaan HTTPS ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd