Cari @ Amanz

Tahun lalu Samsung Galaxy S8 dilancarkan dengan dermaga Dex. Dengan dermaga ini, peranti diubah menjadi sebuah komputer desktop dengan sokongan tetikus serta papan kekunci. Tahun ini Samsung Galaxy S9 akan dilancarkan dengan dermaga baru Dex Pad dan rekaannya telah tertiris ke arena web selepas didaftarkan sebagai tanda dagang sebelum ini.

Imej Dex Pad ditiriskan oleh @evleaks dan membawakan perubahan yang besar berbanding model tahun lalu. Peranti kini boleh diletakkan rata di atas permukaan Dex Pad. Ini bagi membolehkannya berfungsi sebagai pad sesentuh sekaligus membolehkan mod desktop digunakan tanpa tetikus.

Masih terdapat port USB, HDMI dan USB-C pada Dex Pad. Jadi pengguna yang mahu menggunakan tetikus dan papan kekunci masih boleh menggunakannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd