Aplikasi Kamera Essential Phone Menerima Kemaskini Fungsi AutoHDR
Artikel Berkaitan

Aplikasi Kamera Essential Phone Menerima Kemaskini Fungsi AutoHDR

Diterbitkan pada Feb 9, 2018 oleh .

Essential Phone ialah telefon pintar yang dikeluarkan oleh bapa Android Andy Rubin. Ianya adalah telefon pintar premium yang dibuat daripada bahan seramik dan titanium dengan skrin bertakuk bernisbah 19:10. Sejak dilancarkan prestasi kamera Essential Phone menerima rungutan dari pembeli. Selepas hampir lapan bulan dilancarkan kini kamera pada Essential Phone menerima kemaskini yang menyokong AutoHDR.

Essential Phone

Sebelum ini pengguna harus mengaktifkan mod HDR secara manual, kini dengan AutoHDR ia mampu mengesan subjek dan situasi pencahayaan secara automatik bagi menghasilkan kualiti imej yang tinggi.

Menurut Essential melalui laman Twitter mereka, algoritma kamera baru mereka meningkatkan prestasi kamera, memberi kualiti imej yang lebih menarik, dan lebih stabil.

Pengguna boleh mengemaskini aplikasi kamera Essential Phone melalui Google Play Store.



TIPS & ULASAN