Cari @ Amanz

Enjin carian paling popular di dunia ialah Google. Segala maklumat di dunia boleh didapati di hujung jari dengan menggunakan Google. Namun di India syarikat gergasi ini telah didenda sebanyak INR 1.36 bilion (RM 82 juta) kerana didapati menggunakan sistem carian yang berat sebelah.

Carian Google

Suruhanjaya Persaingan India mendapati Google menyalahgunakan posisi dominan mereka di dalam dunia carian untuk memberikan kelebihan kepada perkhidmatan mencari tiket penerbangan mereka. Perkhidmatan mereka diletakkan di atas manakala perkhidmatan pesaing di letakkan di bawah apabila carian dilakukan sekaligus menyukarkan mereka untuk bersaing.

Siasatan ke atas Google ini telah dimulakan sejak 2012 selepas menerima aduan dari Bharat Matrimony dan Consumer Unity and Trust Society (CUTS). Nilai denda yang dikenakan hanyalah sebesar 5% keuntungan di India. Tahun lalu Google didenda € 2.43 Billion (~RM 11.76 Billion) oleh Suruhanjaya Kesatuan Eropah kerana kesalahan yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd