Bermula hari ini, Instagram kini telah mula menambah sebuah ciri baru secara berperingkat, iaitu paparan notifikasi sekiranya seseorang merakamkan gambar skrin ketika menonton Instagram Stories milik anda.
Ciri baru ini diperkenalkan secara berperingkat – maka ia mungkin mengambil masa beberapa hari atau minggu sebelum semua menerimanya.
Melalui ciri ini, bagi pengguna yang merakamkan skrin, anda akan diberikan notifikasi amaran untuk kali pertama – mengatakan pemilik Instagram Stories akan diberikan notifikasi sekiranya anda merakamkan gambar paparan skrin pada masa akan datang. Amaran ini hanya dipaparkan sekali sahaja, dan selepas itu, pemilik Instagram Stories boleh melihat sekiranya anda merakamkan gambar Instagram Stories mereka.
Untuk pemilik Instagram Stories pula, anda boleh melihat siapa yang merakamkan gambar skrin dengan ke halaman statistik pada sesuatu Stories – dan melihat sebuah ikon khusus bersebelahan nama seseorang pengguna.
Dengan pengenalan ciri baru ini, ia dijangka yang mana pengguna akan kurang merakamkan gambar skrin Instagram Stories milik pengguna lain.
Bagi anda sendiri, adakah anda telah menerima ciri baru ini?