Cari @ Amanz

Antara perkara paling menjengkelkan tentang melayari web pada desktop ialah video yang bermain secara automatik. Kemudian pengguna terpaksa mencari butang menghentikan video yang kerap kali sukar dicari. Bagi menyelesaikan masalah dunia pertama ini Google Chrome hadir dengan fungsi membisukan tab.

Tetapi apabila tab ditutup atau disegar semula, Chrome tidak mengingati tetapan untuk membisukan tab tersebut. Hari ini Google Chrome akhirnya hadir dengan fungsi baru membisukan terus keseluruhan laman. Tidak seperti Mute Tab, Mute Site mengingati URL laman dan membisukan audio secara automatik. Untuk mengakses fungsi ini anda hanya perlu klik kanan pada tab dan pilih Mute Site dari pilihan yang diberikan

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd