Dron Digunakan Bagi Membanteras Tempat Pembiakan Nyamuk Di Melaka

Dron Digunakan Bagi Membanteras Tempat Pembiakan Nyamuk Di Melaka

Diterbitkan pada Feb 10, 2018 oleh .

Kami cukup tertarik dengan perkembangan teknologi dron. Bermula sebagai alat mengajar teknik menembak oleh tentera sebelum berfungsi sebagai peninjau di medan perang, ia kini digunakan untuk menghantar barangan. Di Melaka dron mula digunakan sebagai senjata membanteras tempat pembiakan nyamuk.

Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah ialah yang pertama di Malaysia yang menggunakan dron bagi memburu tempat pembiakan nyamuk sebelum memasukkan ubat anti jentik-jentik ke dalamnya. Sebelum ini Pejabat Kesihatan menggunakan lori yang dilengkapi gondola untuk memeriksa bangunan tinggi bagi mencari takungan air. Dengan penggunaan dron pemeriksaan boleh dilakukan sehingga ketinggian 200 meter yang lebih tinggi dari had maksimum gondola semasa.

Sebuah dron bernilai RM2000 telah diubahsuai bagi melakukan tugas ini. Ini bukan projek pertama dron digunakan untuk tugas-tugas unik di Malaysia. Sebelum ini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani  memulakan ujian menggunakan dron untuk menanam padi.


TIPS & ULASAN