Geely Dikatakan Membeli Saham Pada Syarikat Disebalik Kenderaan Mercedes-Benz

Geely Dikatakan Membeli Saham Pada Syarikat Disebalik Kenderaan Mercedes-Benz

Diterbitkan pada Feb 11, 2018 oleh .

Geely merupakan salah satu pengeluar kenderaan yang berasal dari China. Mereka turut mempunyai pegangan pada beberapa syarikat kenderaan lain, termasuk pengeluar tempatan Proton, Volvo dan juga syarikat kenderaan terbang.

Terkini, ia dikatakan Geely turut membeli sedikit saham pada syarikat disebalik kenderaan Mercedes-Benz, iaitu Daimler. Buat masa ini, pegangan Geely dikatakan masih kurang daripada 3% – memandangkan tiada pengumuman rasmi berkaitan dengannya.

Menurut Reuters, Geely sebelum ini turut pernah ingin mendapatkan pegangan sebanyak 5% pada Daimler pada November lepas, namun tawaran tersebut ditolak oleh Daimler.

Geely kini dilihat mula memfokuskan kepada pasaran global – terutamanya Eropah selepas permintaan kereta di China sedikit menurun berbanding sebelumnya. Disamping itu, dengan pelbagai pengambil-alihan dan pelaburan juga, membolehkan Geely berkongsi teknologi automotif terkini antara satu jenama dan lain – dan pada masa yang sama membolehkan pengeluaran dan pembelian komponen dilakukan di China.


TIPS & ULASAN