Pada awalnya, LG dijangka hadir dengan LG G7 pada acara MWC 2018 penghujung bulan ini. Namun, pengeluarnya menstruktur kembali pelbagai perkara, dan dikatakan kembali kepada kotak rekaan kembali untuk telefon pintar generasi baru berkenaan.
Sebagai ganti untuknya, LG kini dilaporkan masih akan menghadirkan diri ke acara tahunan berkenaan, dan akan memperkenalkan peranti ganti yang merupakan kemaskini untuk LG V30.
“LG V30s” ini dikatakan akan menawarkan ciri dan spesifikasi lebih kurang sama seperti versi asal, tetapi hadir dengan storan sehingga 256GB, selain penambah-baikkan pada kamera melalui apa yang dipanggil sebagai LG Lens.
Melalui LG Lens, ia akan menawarkan ciri pintar berasaskan pembelajaran mesin – dimana anda boleh menala kamera kemana-mana objek, dan ia akan mengenal-pasti apakah yang sedang dilihat dan memaparkan konteks berkaitan dengannya. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bagaimanakah tahap keupayaan enjin pembelajaran mesin yang digunakan oleh LG ini.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai hal ini – apatah lagi dengan acara MWC 2018 yang menjelang tiba dalam beberapa minggu sahaja lagi.