Apple HomePod Di Tangga Terakhir Dalam Ujian Speaker Pintar Jauh Di Belakang Google Home

Apple HomePod Di Tangga Terakhir Dalam Ujian Speaker Pintar Jauh Di Belakang Google Home

Diterbitkan pada Feb 12, 2018 oleh .

Penjualan speaker pintar diramalkan tahun ini dengan kemasukan Apple ke dalam pasaran. Seperti speaker pintar lain di pasaran, HomePod menggunakan pembantu maya untuk membolehkannya berinteraksi dengan pengguna. Dengan wujudnya pelbagai pilihan di pasaran, muncul persoalan speaker manakah yang paling pintar?

Loup Ventures telah melakukan ujian ke atas speaker pintar Google Home, Apple HomePod, Amazon Echo dan Harman Kardon Invoke. Masing-masing diperkasakan oleh pembantu maya Google Assistant, Siri, Alexa dan Cortana.

Sebanyak 782 soalan diberikan kepada setiap speaker yang jatuh ke dalam empat kategori iaitu mengenai kawasan setempat, perniagaan, navigasi, maklumat dan arahan. Google Home berada di tangga teratas kerana berjaya menjawab 81% soalan yang diberikan. Ini diikuti oleh Echo (64%) , Invoke (57%) dan akhir sekali HomePod (52.3%).

Peratusan rendah yang dicatatkan oleh HomePod adakah kerana ia buat masa ini tidak direka untuk menjawab pertanyaan mengenai email, kalendar, navigasi dan melakukan panggilan telefon. Sekiranya soalan berkenaan empat perkara ini tidak diambil kira, peratusan jawapan betul yang diberikan HomePod meningkat ke 67%.

Beberapa ulasan awal yang kami baca menyentuh perkara yang sama. Buat masa ini kekuatan HomePod terletak pada kualiti audio yang jauh lebih tinggi berbanding pesaingnya di pasaran.


TIPS & ULASAN