Samsung kini melalui laman mySamsung telah mengumumkan yang mana aplikasi mySamsung akan ditamatkan operasinya bermula 1 Mac 2018 kelak. Sebagai ganti untuknya, pengguna diminta untuk beralih ke aplikasi baru yang ditawarkan pada peringkat global, dinamakan sebagai Samsung Members.
mySamsung merupakan salah satu aplikasi yang menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada pengguna, disamping turut membolehkan anda menyimpan jaminan serta menyemak sokongan khidmat pelanggan dan sebagainya menggunakan aplikasi berkenaan.
Ia sebelum ini ditawarkan terhad untuk pengguna di rantau Asia Tenggara dan beberapa negara lain.
Kini, dalam usaha menawarkan satu aplikasi sama untuk semua pengguna seluruh dunia, Samsung menghimpunkan segalanya dibawah aplikasi Samsung Members.
Menggunakan Samsung Members, pengguna boleh menyemak pelbagai bentuk ganjaran terkini, mendapatkan jawapan untuk pelbagai perkara, mendaftar produk Samsung, dan memastikan peranti Samsung anda kekal beroperasi dibawah prestasi yang baik.
Bagi anda yang menggunakan aplikasi mySamsung, anda boleh beralih ke aplikasi Samsung Members, dan kekal menikmati pelbagai ganjaran dan penawaran menarik melaluinya.
- Muat-Turun Samsung Members untuk Android