Teknologi PalmSecure Membolehkan Log Masuk Menggunakan Imbasan Telapak Tangan

Teknologi PalmSecure Membolehkan Log Masuk Menggunakan Imbasan Telapak Tangan

Diterbitkan pada Feb 12, 2018 oleh .

Imbasan wajah ialah sistem nyah-kunci yang popular pada peranti pintar. Ia menggantikan sistem imbasan cap jari  sebagai fungsi perlu pada peranti semasa. Bagi mereka yang risau tentang privasi, terdapat beberapa alternatif yang menawarkan tahap sekuriti yang lebih tinggi. Fujitsu telah bekerjasama dengan Microsoft untuk menyokong imbasan telapak tangan pada Windows Hello.

Sistem PalmSecure mengimbas pembuluh darah pada telapak tangan pengguna. Setiap insan mempunyai corak pembuluh darah yang unik seperti cap jari. Pengimbas PalmSecure hanya sebesar setem yang terbina pada komputer riba atau aksesori tambahan yang disambung menggunakan USB.

Menarik sekali ialah PalmSecure hanya berfungsi selagi terdapat darah yang mengalir. Ini bermakna jika pengguna telah meninggal dunia dan tangan dipotong, sistem ini tidak akan membenarkan log masuk.


TIPS & ULASAN