Cari @ Amanz

International Space Station (ISS) merupakan sebuah satelit kerjasama diantara agensi angkasa Amerika (NASA) dan juga Russia (Rosaviakosmos) sebagai sebuah pusat dimana uji-kaji di angkasa boleh dilakukan, disamping sebagai tempat perhentian, penyelenggaraan dan sebagainya untuk kapal-kapal angkasa yang lain dan sebagainya.

Kerajaan Amerika Syarikat sebelum ini sudahpun mengumumkan bahawa mereka akan memberhentikan sokongan kewangan untuk ISS, tetapi tidak tidak memberitahu apakah pelan untuk memastikan bahawa satelit tersebut boleh terus berfungsi setelah sokongan tersebut diberhentikan.

The Washington Post baru-baru ini mendapat dokumen daripada NASA yang menunjukkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat mempunyai pelan untuk menswastakan ISS ini bermula pada tahun 2019.

Menurut dokumen tersebut, kerajaan akan meminta untuk peruntukan sebanyak $150 juta diberikan untuk memulakan projek penswastaan ISS tersebut untuk memudahkan syarikat-syarikat tersebut menggunakan stesen angkasa tersebut.

Akan tetapi, tiada butiran lanjut mengenai bagaimanakan kerajaan tersebut ingin menswastakan stesen tersebut, kerana ISS dibina dengan kerjasama agensi-agensi angkasa negara-negara lain, yang semuanya berada dibawah naungan kerajaan negara masing-masing.

Dalam pada itu, dikatakan bahawa pelan penswastaan ini akan hadir dengan tentangan yang cukup sengit kerana Amerika Syarikat sudahpun membelanjakan $100 bilion untuk pembinaan dan penjagaan stesen angkasa tersebut, dan juga buat masa ini, tiada satu pun syarikat swasta yang mampu menggunakan stesen tersebut pada potensinya yang penuh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd