Cari @ Amanz

Huawei pada tahun lepas telah pun sedia memperkenalkan Huawei Mate 10, sekaligus membawa kepada pelbagai spekulasi untuk apakah nama peranti generasi seterusnya. Penamaan baru ini dijangka selari dengan nama baru siri-P yang dijangka diumumkan pada bulan Mac 2018 kelak.

Buat masa ini, ia dispekulasikan Huawei mungkin memanggilnya sebagai Huawei P20, dan bukannya P11.

Seperti biasa, ia masih misteri buat masa ini, tetapi tidak menghentikan spekulasi baru hadir daripada pendaftaran tanda dagang, paten dan sebagainya.

Hari ini, ia didapati Huawei telah memfailkan tanda dagang untuk Mate X. Ia tidak diketahui lagi apakah Huawei akan menggunakannya pada produk mereka atau sekadar untuk melindungi jenama daripada diambil pihak lain dan sebagainya.

Huawei sebelum ini turut pernah hadir dengan peranti edisi khas dinamakan Mate S. Mungkinkah kita akan melihat sesuatu seumpamanya yang memperlihatkan penggunaan teknologi serba baru – ala-ala apa yang dilakukan oleh Apple melalui iPhone X. Atau mungkin kita sahaja yang berfikir pelbagai perkara, dan Huawei sekadar memfailkannya untuk melindungi tanda dagang yang tidak ditentukan penggunaanya lagi?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd