Carian
Mengapa Google Play Service Menghabiskan Bateri Dan Cara Menyelesaikannya
February 19, 2018 Fahim Zahar

Pengguna-pengguna peranti Android yang tegar pasti tahu apa itu Google Play Services dan jika dilihat peratusan penggunaan bateri peranti kebiasaannya agak tinggi. Tapi bagi pengguna Android yang biasa anda mungkin kurang mengenali apa itu Google Play Services dan bagaimana mahu mengoptimasikan peranti Android anda. Di sini akan kami kongsikan cara-caranya.

Apakah Google Play Services?

Google Play Services agak berbeza dengan aplikasi-aplikasi yang terpasang dalam peranti. Ini kerana ia mengandungi semua aplikasi-aplikasi dan perkhidmatan menjalankan peranti Android lebih efisien yang disediakan oleh Google di dalam satu pakej.

Google Account Manager : Ia adalah satu perkhidmatan untuk mengawal akaun-akaun Google seperti emel, senarai kenalan dan juga menyelarikan segala perkhidmatan yang berkaitan dengan Google.

Google Services Framework : Perkhidmatan yang memguruskan semua perkara dengan Google yang melibatkan internet dan juga storan awan.

Google Backup Transport : Perkhidmatan ini membolehkan aplikasi Android untuk membuat sandaran data ke server Google. Jika anda memformat kembali peranti Android anda, ia akan memasang semula aplikasi-aplikasi dan juga menyelarikan kembali data-data anda.

Google Play Services : Satu lapisan perkhidmatan aplikasi Android yang boleh digunakan, seperti perkhidmatan lokasi atau aliran bateri peranti. Ia juga memudahkan peranti untuk menerima kemaskini.

Dalam peranti-peranti Android di bahagian “Bateri” di dalam “Tetapan” informasi penggunaan bateri pada setiap aplikasi akan dipaparkan dengan jelas.

Di atas adalah contoh daripada peranti Android 7.0 Nougat (agak sama seperti 6.0 Marshmallow). Di situ anda akan lihat “Skrin” di mana ia memaparkan data jumlah penggunaan ketika skrin peranti Android anda hidup. Cara untuk mengurangkan penggunaan ini adalah dengan memalapkan skrin anda, mematikan fungsi keterangan skrin automatik dan juga kurangkan nyalakan skrin peranti anda.

Dalam Android 8.0 Oreo pula ia agak berbeza. Data penggunaan bateri bagi skrin ditunjukkan di atas dan data bagi aplikasi-aplikasi lain pula mempunyai kategori mereka tersendiri. Aplikasi yang paling banyak anda gunakan akan disenaraikan di bahagian paling atas. Sama seperti Android 7.0 Nougat tadi, anda boleh jimatkan bateri dengan melakukan langkah yang sama.

Bateri peranti-peranti Android memang akan cepat habis disebabkan Google Play Service. Antara punca paling besar ialah pengaktifan menjejak lokasi. Apabila peranti Android memerlukan penggunaan menjejak lokasi ia akan menghantar ke Google Play Service bagi meminta kebenaran untuk sistem penjejak lokasi diaktifkan. Cara mengurangkan penggunaan bateri apabila sistem ini diaktifkan ialah mematikan penjejak lokasi atau menukar mod kejituan tinggi kepada mod penjimatan bateri. Ini dapat dilihat seperti di dalam gambar di atas.

Selain itu, penyelarian data juga sentiasa diaktifkan secara automatik kerana ia memudahkan Google Play Service menerima data dengan pantas untuk menjalankan sistem Android dengan lancar. Mematikan penyelarian data pada bahagian “Segerakkan data secara automatik” akan membantu mengurangkan penggunaan bateri peranti Android anda.

Jika setiap langkah di atas masih tidak membantu anda, ini bermakna hanya ada lagi satu langkah terakhir untuk mengurangkan penggunaan bateri peranti Android anda. Langkah ini adalah menetapkan semula kitaran pengecasan bateri peranti Android andan dan hanya ada satu cara iaitu menetapkan semula dan memadamkan semua data peranti Android anda. Cara terakhir ini akan menjadikan peranti Android anda seperti pada awal anda membelinya.

Komen