RED merupakan salah satu jenama kamera premium yang menawarkan pelbagai sistem kamera menarik, termasuk dengan keupayaan merakamkan video pada resolusi 8K. Terkini, hadir laporan baru mengatakan Foxconn – pengeluar dari China yang popular dengan pengeluaran iPhone akan turut bekerjasama dengan RED untuk menghasilkan kamera 8K yang lebih mampu-milik.
Melalui kerjasama kedua-dua pihak ini, mereka menyasarkan untuk hadir dengan kamera bersaiz lebih kecik dan ditawarkan pada harga yang jauh lebih mampu-milik berbanding hari ini.
Seperti biasa, untuk menjayakannya, kamera baru ini akan memerlukan sensor rakaman yang baik, selain mampu memproses dengan pantas untuk menghasilkan rakaman gambar dan video yang cantik.
Foxconn menyasarkan untuk menawarkan kamera baru ini pada harga satu pertiga daripada penawaran RED pada hari ini untuk kamera 8K mereka.
Kita mungkin akan dapat mendengar lanjut mengenai penawaran kamera RED pada harga mampu-milik ini dalam bulan-bulan akan datang.