Cari @ Amanz

Penyejuk CPU boleh dikatakan salah satu daripada komponen komputer yang cukup penting, kerana ia membantu menyejukkan CPU apabila ia menjalankan tugas-tugasnya.

Dengan kehadiran CPU AMD Ryzen generasi kedua tidak lama lagi, AMD juga memperkenalkan penyejuk CPU terbaru mereka yang dinamakan Wraith Prism yang sokongan untuk sistem pencahayaan RGB.

Dari segi rekaan, penyejuk Wraith Prism ini hadir dengan rekaan sama dengan penyejuk Wraith Max yang hadir sebelum ini. Ia mempunyai sirip penyejuk yang diperbuat daripada aluminum dan juga kipas yang mengalirkan haba dari penyejuk dengan cekap.

Kipas tersebut juga hadir dengan sistem pencahayaan RGB yang bukan sahaja boleh dikawal melalui perisian AMD Ryzen Master, tetapi juga perisian RGB yang lain seperti ASUS Aura Sync, MSI Mystic Light dan sebagainya.

Tarikh pelancaran penyejuk ini masih belum diumumkan tetapi ia berkemungkinan besar akan mula dijual bersama-sama dengan CPU AMD Ryzen generasi kedua tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd