Cari @ Amanz

Aplikasi Snapchat popular di kalangan pengguna muda kerana ia lebih mudah digunakan berbanding Facebook. Snapchat turut memperkenalkan fungsi baru terlebih dahulu sebelum ditiru oleh Facebook. Baru-baru ini antaramuka aplikasi ini diberi nafas baru. Reaksi sebahagian besar pengguna setakat ini adalah negatif.

Oleh itu laman petisyen supaya antaramuka lama dikembalikan semula telah dibuka di laman Change.org. Ketika artikel ini ditulis, seramai 655,252 pengguna telah menurunkan tanda tangan mereka bagi menyokong petisyen ini. Antara komen yang diberikan ialah antaramuka baru sukar digunakan berbanding versi terdahulu. Fungsi-fungsi baru yang diperkenalkan pula dikatakan tidak berguna.

Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Adakah anda bersetuju antaramuka baru Snapchat kurang mesra pengguna berbanding versi terdahulu?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd