Cari @ Amanz

Jika anda sedang menunggu penurunan harga komponen sebelum membeli komputer baru, syarikat AMD baru sahaja mengumumkan bahawa mereka bakal menurunkan harga CPU-CPU AMD Ryzen mereka untuk pasaran Malaysia, tidak lama selepas penurunan harga diumumkan untuk pasaran dunia.

Boleh dikatakan kesemua CPU-CPU AMD Ryzen akan menerima penurunan harga, dan penurunan-penurunan yang dilihat paling menarik termasuklah CPU AMD Ryzen 5 1500X dari RM899 ke RM799, CPU AMD Ryzen 5 1600X dari RM1119 ke RM999, dan juga AMD Ryzen 7 1800X dari RM2599 ke RM1699

Menurut AMD lagi, penurunan harga ni sudahpun bermula semenjak 1 Februari yang lalu, jadi jika anda mahu membeli komputer baru yang menggunakan CPU AMD Ryzen, ini adalah waktu yang cukup baik sekali untuk melakukannya.

Dalam pada itu, AMD Malaysia juga telah mengesahkan bahawa harga AMD Ryzen Desktop APU telahpun disahkan untuk pasaran tempatan. AMD Ryzen 5 2400G bernilai RM759, manakala AMD Ryzen 3 2200G pula berharga RM459. Kedua-dua APU ini akan dijual bersama-sama dengan penyejuk CPU AMD Wraith Stealth.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd