Cari @ Amanz

Hari ini Samsung Galaxy S8 dan S8+ di Malaysia mula menerima kemaskini Android 8.0. Kemaskini diterima lebih lewat dari jangkaan asal akhir Januari lalu. Sebuah lagi peranti dengan angka lapan menerima kemaskini hari ini iaitu Nokia 8.

Peranti ini mula menerima kemaskini Android 8.1 bermula hari ini. Saiz muat turun OTA ialah sekitar 1.5GB. Ia membawakan antaramuka baru skrin tetapan, tahap bateri aksesori bluetooth, kemaskini keselamatan bulan Februari dan banyak lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd