Facebook ialah laman media sosial yang paling popular di dunia walaupun sudah berusia hampir lima belas tahun. Kunci kepada kejayaan Facebook ialah ia sentiasa berevolusi mengikut kehendak pengguna dan membawakan fungsi baru. Terkini mereka akan melancarkan fungsi List yang membolehkan pengguna berkongsi senarai pada status peribadi.
Dengan List anda boleh berkongsi senarai tempat percutian idaman, matlamat hidup sepanjang 2018 dan 10 filem terbaik ditonton. Ia direka bagi meningkatkan interaksi antara pengguna dan kenalan. Fungsi ini akan diaktifkan secara berperingkat bermula hari ini. Apa yang dilakukan oleh Facebook ialah untuk meningkatkan interaksi dan jumlah perkongsian status peribadi yang berkurangan dengan mendadak sejak kebelakangan ini.