Cari @ Amanz

Google sebelum ini telah berkongsi perancangan untuk berhenti memaparkan iklan-iklan yang menganggu ketika melayari web menggunakan pelayar web Chrome. Hari ini, gergasi carian dan pengiklanan berkenaan turut mengumumkan yang mana mereka akan mula berhenti memaparkan semua iklan pada laman-laman yang berterusan memaparkan iklan-iklan menganggu.

Google menggunakan piawaian Better Ads Standard untuk mengenal-pasti iklan yang menganggu dan sebaliknya.

Chrome Ads Blocker

Antara iklan yang dilabelkan sebagai menganggu adalah termasuk iklan pop-up, video dimainkan secara automatik dengan bunyi, iklan yang menutup keseluruhan web dan memaparkan kiraan sebelum dapat mengaksesnya, iklan mudah-alih yang menutup lebih 30% paparan peranti mudah-alih, dan beberapa yang lain.

Google turut menekankan yang mana pelayar web digunakan untuk menghubungkan pengguna kepada kandungan dan informasi – dan mereka akan berhenti paparkan iklan pada web-web yang dilabelkan mempunyai iklan menganggu ini bermula 15 Februari 2018 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd