Cari @ Amanz

Tidak dinafikan ramai pengguna peranti Xiaomi gemar akan harga yang ditawarkan serta pengalaman penggunaan yang sangat menarik. Sistem operasi Android dalam peranti Xiaomi menggunakan sistem yang dinamakan MIUI dan ianya sangat lancar dan jarang mempunyai isu lengah masa yang serius.

Kehadiran Xiaomi Mi A1 telah mengubah citarasa pengguna Xiaomi yang sudah biasa dengan MIUI. Ini kerana Xiaomi Mi A1 adalah telefon pintar pertama Xiaomi dengan sistem Android asli tanpa sebarang antaramuka tambahan. Kelebihan Android asli pada sesuatu peranti Android adalah kemaskini yang lebih pantas dan pengalaman penggunaan yang sangat lancar.

Aplikasi kamera pada Xiaomi Mi A1 menggunakan aplikasi kamera daripada sistem MIUI. Disebabkan pengguna Mi A1 ingin mencuba sesuatu yang baru, ramai yang ingin mencuba aplikasi kamera daripada Google. Masalah pada aplikasi kamera Google ialah, untuk menggunakannya atas mana-mana peranti Android kod camera2API harus diaktifkan dan dimasukkan dalam sistem peranti.

Di sini kami akan mengajar anda langkah-langkah mengaktifkan camera2API untuk Xiaomi Mi A1. Selepas pengaktifan ini anda boleh menggunakan mana-mana versi kamera Google baik yang asli atau versi yang sudah diubahsuai.

  • Info
  • Harus diingatkan, ini hanyalah tutorial daripada kami dan kami tidak bertanggungjawab atas peranti anda jika sebarang masalah berlaku.

Perlu diingatkan bahawa anda WAJIB melakukan proses root  pada Mi A1 anda.

  1. Muat turun Magisk Manager di bebenang rasmi Magisk melalui forum XDA.
  2. Muat turun fail boot.img Januari yang telah diubah suai dengan isu WiFi yang telah dibaiki di sini.
  3. Salin fail-fail yang telah dimuat turun ke folder fastboot.
  4. Aktifkan “Developer Options” dengan menakan pada “About Phone” sebanyak 7 kali.
  5. Berikan akses “OEM Unlocking” dan aktifkan “USB Debugging“.

6. Matikan telefon dan masuk ke mod fastboot dengan menekan butang kuasa + butang suara bawah.

  1. Sambungkan Mi A1 ke komputer dengan kabel Type-C.

  1. Buka command prompt dari folder fastboot dan taip kod

fastboot oem unlock

kemudian

fastboot boot patched_boot.img

  1. Masukkan fail .apk ke dalam Mi A1 dan pasang aplikasi Magisk Manager dan semak dalam aplikasi itu jika root sudah berjaya.

  1. Semak semula jika “USB Debugging” dan “OEM Unlocking” masih aktif.

  2. Masuk semula ke mod fastboot seperti langkah nombor 6.

  3. Buka aplikasi “shell” atau mana-mana aplikasi “terminal” dan masukkan kod

su

Benarkan akses root dan taip

setprop persist.camera.HAL3.enabled 1

  1. Matikan Mi A1 anda dan hidupkannya kembali.
  2. Buang root dan aplikasi Magisk melalui dalam aplikasi Magisk sendiri.


15. Masuk semula ke mod fastboot dan taip

fastboot oem lock

dan

fastboot reboot

Muat turun aplikasi kamera Google yang diubah suai di sini.

Itu sahaja 15 langkah mudah dari kami, cara mengaktifkan camera2API tanpa mengganggu kemaskini OTA. Semoga anda berjaya dan selamat menjalankan operasi ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd