Honor Malaysia hari ini telah pun hadir dengan sebuah gambar acah untuk peranti baru, memperlihatkan ia akan menyertakan empat kamera – berkemungkinan dwi-kamera hadapan dan dwi-kamera belakang.
Honor tidak menyatakan apakah model yang akan dilancarkan – tetapi berdasarkan kepada pengesahan Sirim baru-baru ini, ia berkemungkinan adalah Honor 9 Lite.
Honor 9 Lite hadir dengan skrin 5.65-inci IPS LCD FHD+, menggunakan cip Kirin 659, memori 3GB RAM, dan storan 64GB. Melengkapkannya adalah dwi-kamera hadapan gabungan sensor 13MP + 2MP. Honor 9 Lite turut menggunakan sensor sama dibelakang, dan menyertakan bateri berkapasiti 3000mAh.
Seperti biasa, kita akan mengetahui sama ada ia adalah benar peranti Honor 9 Lite atau model lain dalam masa terdekat ini.