Presiden Bahagian Telefon Pintar Dan Peranti Berhubung HTC Meletak Jawatan
HTC

Presiden Bahagian Telefon Pintar Dan Peranti Berhubung HTC Meletak Jawatan

Diterbitkan pada Feb 14, 2018 oleh .

Selain Nokia, HTC ialah syarikat yang mempunyai sejarah yang besar dalam penghasilan peranti pintar. Mereka bertanggungjawab menghasilkan peranti pertama Android. Selepas sepuluh tahun pelancaran HTC Dream, nama HTC tidak lagi segah dahulu dan kini menghadapi pelbagai masalah.

Hari ini Chialin Chang yang merupakan Presiden bahagian telefon pintar dan peranti berhubung HTC telah meletakkan jawatan. Sebab yang diberikan atas peletakan jawatan adalah hal peribadi. Hanya bulan lalu HTC mencatatkan pengurangan jualan sebanyak 27% berbanding tahun sebelumnya. Ia adalah penurunan jualan selama sepuluh suku berturut-turut. HTC masih belum mengumumkan pengganti beliau buat masa ini.


TIPS & ULASAN