Nama Injong Rhee mungkin tidak dikenali ramai tetapi beliau terlibat dengan pelancaran Bixby, Samsung Pay dan Samsung Knox. Beliau meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai teknikal (CTO) Samsung pada Disember lalu selepas bertugas selama enam tahun.
Beliau mengumumkan telah menyertai Google sebagai ketua bahagian perniagaan peranti berhubung. Jawatan rasmi beliau ialah entrepreneur in residence. Tugas beliau kelak ialah menyelaraskan strategi peranti berhubung Google seperti kenderaan swapandu, pembantu maya dan peralatan rumah pintar.