Kerangka Tahan Lasak Untuk iPhone Bertemakan Monster Hunter : World Dilancarkan

Kerangka Tahan Lasak Untuk iPhone Bertemakan Monster Hunter : World Dilancarkan

Diterbitkan pada Feb 14, 2018 oleh .

Sejak pelancarannya beberapa minggu yang lalu, sebanyak 6 juta salinan Monster Hunter : World telah terjual. Jelas sekali permainan Monster Hunter mempunyai bilangan peminat yang tinggi. Bagi peminat tegar yang memiliki peranti iPhone, anda kini boleh memesan kerangka edisi khas Monster Hunter : World.

Kerangka tahan lasak ini hadir dalam dua warna iaitu hitam dan emas. Terdapat dua rekaan raksasa Rathalos dan Nergigante pada bahagian belakang. Kerangka diperbuat daripada duralumin dengan bucu yang boleh menyerap hentakan.

Peranti yang disokong adalah iPhone X, iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Pra-tempah telah dibuka dan kerangka akan dijual pada bulan April dengan harga Yen 13,000 (~RM 474) sebuah.


TIPS & ULASAN