Cari @ Amanz

Vivo ialah syarikat yang semakin dikenali di Malaysia. Penggunaan selebriti popular seperti Siti Nurhaliza dan Janna Nick membantu memperkenalkan peranti ini di kawasan luar bandar. Satu perkara yang jarang dikaitkan dengan Vivo ialah kemaskini perisian. Tetapi nampaknya mereka mempunyai perancangan untuk memberikan kemaskini Android Oreo ke beberapa peranti terpilih.

Tujuh peranti seperti yang disenaraikan di bawah akan menerima kemaskini Android 8.0 Oreo serta Funtouch OS sekitar April 2018. Kemaskini akan dilakukan secara OTA. Pihak Vivo akan membuka program Beta dalam masa terdekat dan pengumuman akan dilakukan menerusi laman rasmi kelak.

  1. Vivo X20
  2. Vivo X20 Plus
  3. Vivo X9s
  4. Vivo Xplay6
  5. Vivo X9
  6. Vivo X9s Plus
  7. Vivo X9 Plus
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd