Kami telah menggunakan iPhone X sejak Disember lalu dan harus diakui amat merindui sistem imbasan cap jari Touch ID. Setakat ini Face ID beberapa kali gagal berfungsi terutamanya ketika di dalam situasi cahaya yang terik di luar rumah. Bagi mereka yang mahukan peranti dengan rekaan seakan iPhone X tetapi masih dilengkapi pengimbas cap jari, Dooge V mungkin direka khas untuk anda.
Peranti dari tanah besar ini tidak segan silu menggunakan skrin dengan takuk seakan iPhone X dan panel belakang seakan Samsung Galaxy S9+. Menarik di sini ialah ia dilengkapi pengimbas cap jari terbina pada skrin di bahagian hadapan. Doogee V akan dilancarkan pada 27 Februari hadapan tetapi maklumat mengenai spesifikasi masih belum diketahui.