Video Acah Galaxy S9 Memperlihatkan Sokongan Rakaman Gerak Perlahan Dan Emoji 3D

Video Acah Galaxy S9 Memperlihatkan Sokongan Rakaman Gerak Perlahan Dan Emoji 3D

Diterbitkan pada Feb 14, 2018 oleh .

Samsung hari ini telah mengeluarkan beberapa video acah untuk telefon pintar Galaxy S9 yang bakal dilancarkan pada penghujung bulan ini. Melalui video acah yang dikeluarkan ini juga, pihak Samsung secara ringkas memperlihatkan beberapa ciri baru yang akan dibawakan oleh mereka.

Melalui video pertama untuk mempromosikan pengenalan Galaxy S9, Samsung memperlihatkan keupayaan rakaman video gerak perlahan.

Video acah kedua daripada Samsung pula memperlihatkan sokongan untuk rakaman pada keadaan cahaya malap. Melalui video acah berkenaan, Samsung menunjukkan yang mana kamera Galaxy S9 mampu merakamkan gambar dengan terang dan jelas – walaupun pada persekitaran gelap.

Dan pada video acah ketiga, Samsung memperlihatkan keupayaan mengubah wajah pengguna kepada Emoji 3D – salah satu ciri baru yang diperkatakan akan hadir pada Galaxy S9 sebelum ini.

Kita mungkin akan melihat beberapa video acah lain dikongsikan Samsung dalam hari-hari akan datang.

Samsung menjadualkan pengenalan Galaxy S9 ini pada 25 Februari 2018.


TIPS & ULASAN