Essential Phone Mula Menerima Kemaskini Android 8.1

Essential Phone Mula Menerima Kemaskini Android 8.1

Diterbitkan pada Feb 15, 2018 oleh .

Essential Phone bukanlah sebuah telefon pintar dengan pengalaman penggunaan yang menarik kerana kualiti gambarnya tidak begitu menyerlah dan juga prestasi sistem Android asli mereka tidak begitu lancar. Tetapi Essential masih mengambil berat tentang pengguna mereka dan bertungkus lumus memberi kemaskini untuk memperbaiki isu-isu yang dihadapi.


Minggu lepas kami laporkan Essential Phone menerima kemaskini bagi aplikasi kamera mereka yang kini menyokong fungsi AutoHDR. Hari ini kemaskini Android 8.1 Oreo versi Beta sedia untuk dimuat-turun. Bagi pengguna Beta , mereka akan menerima kemaskini secara OTA, manakala pengguna lain boleh terus muat turun imej fail kemaskini ini di laman rasmi Essential.

Perkara baru dalam kemaskini ini adalah penyesuaian ikon-ikon aplikasi, memperbaiki masalah lengah masa ketika menatal dan juga tampalan sekuriti Februari. Jika pengguna mula mengemaskini Essential Phone mereka, penambahbaikan prestasi juga akan berbeza kerana ianya akan lebih lancar dan pepijat makin berkurangan.


TIPS & ULASAN