Cari @ Amanz

Samsung kini dilihat telah mendaftarkan tanda dagang untuk sebuah logo baru, sekaligus membawa kepada spekulasi yang mana gergasi elektronik daripada Korea Selatan berkenaan bakal memasuki arena kaca mata pintar.

Samsung MataDaripada pemfailan tanda dagang berkenaan, ia dikatakan untuk “peranti bantuan penglihatan berkomputer yang dilengkapi kamera, dan komputer untuk merakam dan memproses gambar”.

Pendaftaran tanda dagang tidak semestinya bermaksud yang mana ia akan dikomersialkan. Ada kalanya syarikat gergasi membuat pendaftaran tanda dagang untuk melindungi nama dan sebagainya.

Tetapi, sekiranya benar Samsung memasuki arena kaca mata pintar, maka ia akan menjadi persoalan sama ada ia akan ditawarkan kepada umum dibawah keluarga Gear, ataupun ia akan menyasarkan kepada arena perusahaan seperti digunakan dalam perubatan dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd