Google Menerangkan Bagaimana Penghalang Iklan Berfungsi Pada Chrome

Google Menerangkan Bagaimana Penghalang Iklan Berfungsi Pada Chrome

Diterbitkan pada Feb 15, 2018 oleh .

Penghalang iklan semakin digunakan oleh pengguna yang berang dengan paparannya yang terlalu banyak pada laman web. Bagi pemilik laman penggunaannya cukup tidak digemari kerana menyebabkan mereka sukar menjana pendapatan. Namun realitinya di sini ialah tidak semua iklan yang dipaparkan menjengkelkan pengguna.

Google Chrome ialah pelayar popular yang turut akan mempunyai sistem penghalang iklan terbina. Berbeza dengan penghalang iklan seperti AdBlock, sistem yang digunakan oleh Chrome tidak menghalang kesemua iklan. Sebaliknya hanya iklan yang tidak mengikut piawaian Better Ads Standards akan dihalang secara automatik. Antara iklan yang dihalang ialah dalam bentuk video bermain secara automatik, pop-up, yang berkelip-kelip dan banyak lagi.

Bagi pemilik laman, sistem penghalang iklan Chrome turut akan memberitahu mengapa iklan dihalang lengkap dengan maklumat. Dengan ini mereka boleh mengubah jenis iklan yang dipaparkan bagi mengelakkannya dihalang di masa hadapan.


TIPS & ULASAN