Beberapa minggu lepas, kita telah mendengar desas-desus mengatakan HTC sedang menyiapkan sebuah telefon pintar baru dengan spesifikasi asas, dan menawarkan rekaan skrin pada nisbah 18:9.
Kini, berkongsi lanjut mengenainya, @evleaks mengatakan yang mana peranti berkenaan akan dilancarkan dibawah nama HTC Desire 12.
Mengikut apa yang diperkatakan sebelum ini, HTC Desire 12 ini dijangka hadir dengan skrin 5.5-inci, dilengkapi cip MediaTek, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Ia turut dijangka hadir dengan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel, serta bateri berkapasiti 2730mAh.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah HTC akan melancarkannya secara rasminya, dan bagaimanakah rekaan peranti ini.
*This will come to market as the HTC Desire 12.
— Evan Blass (@evleaks) February 14, 2018