Dengan MWC 2018 menjelang tiba dalam beberapa hari lagi, pihak Nokia dijangka memperkenalkan beberapa peranti baru. Dan kini, salah satunya dilihat adalah telefon pintar Nokia 7+.
Nokia 7+ dijangka hadir dengan skrin 6-inci pada nisbah 18:9, selain dilengkapi cip Snapdragon 660, memori 4GB RAM dan storan 64GB.
Menariknya, menurut @evleaks, Nokia 7+ dijangka hadir dengan sistem operasi Android One – yang mana tiada sebarang penambahan aplikasi gendut daripada pengeluar, dan menawarkan pengalaman Android asli bersama-sama dengannya.
Nokia 7+ juga turut dijangka menggunakan dwi-kamera pada bahagian belakang, yang mana menggunakan lensa berjenama Zeiss – lebih kurang seperti Nokia 8 sebelum ini.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan beberapa minggu lagi untuk melihat pelancaran rasmi telefon pintar baru ini.
Nokia 7+, with Android One in tow pic.twitter.com/r5sbFUxsyx
— Evan Blass (@evleaks) February 15, 2018