Tahun ini Apple diramalkan akan menghasilkan satu model iPhone dengan skrin 6.1 inci LCD tetapi mengekalkan rekaan seakan iPhone X. Hari ini firma penganalisa KGI mengeluarkan sebuah lagi ramalan mengenai peranti ini.Mereka meramalkan sebanyak 100 juta model iPhone yang akan menggantikan iPhone SE ini akan terjual sepanjang 2018. Jumlah jualan ini mampu dicapai menurut mereka walaupun ia tidak dilengkapi sistem 3D Touch dan binaan yang tidak premium. Kekuatan model ini terletak pada harga jualannya yang disasarkan di bawah $800.
Tahun lalu jualan iPhone sedikit berkurangan pada suku ke-empat berbanding tahun sebelumnya. Tetapi keuntungan syarikat masih meningkat kerana harga jualan premium pada iPhone X.