Carian
Aplikasi Dreaming Battery Membolehkan Paparan Tahap Bateri Yang Penuh Bergaya
February 15, 2018 • Fahim Zahar

Android adalah sistem operasi yang bebas untuk diubahsuai oleh pengguna. Pengguna boleh memilih untuk mengubah tema, pelancar, ikon, sistem dan ada juga ROM peranti Android yang memenuhi kehendak peribadi.

Tidak semua peranti Android memaparkan peratusan tahap bateri pada ikon bateri di talam status. Kami menemui satu aplikasi yang akan memaparkan tahap bateri peranti Android  yang unik dan lain dari yang lain.

Dreaming Battery adalah aplikasi yang memaparkan tahap bateri pada peranti Android anda dalam mod daydream atau screensaver. Ia menggunakan rekaan antaramuka yang minimalis dengan animasi seakan air sedang beralun tanpa sebarang lengah masa.

Cara penggunaan yang agak mudah. Selepas memuat turun dan pasang aplikasi ini melalui Google Play Store, buka aplikasi ini dan ubah suai tema mengikut citarasa. Kemudian anda perlu membuat satu tetapan mudah dengan tap pada ikon gear.

Pilih “Current Screen Saver” dan pilih aplikasi Dreaming Battery. Tekan “When To Start” dan pilih “While Charging or Docked” dan uji kejayaan tetapan ini dengan menekan pada “Start Now”. Aplikasi akan berfungsi selepas kesemua langkah di atas diambi.

Walaubagaimanapun aplikasi ini tidak berfungsi pada peranti Huawei dan Honor kerana sistem operasi EMUI mereka mengehadkan pengguna mengubah suai screensaver pada peranti ini.

Komen