Butiran Mengenai Intel Core i9-8950HK Tertiris – CPU Core i9 Pertama Khusus Untuk Laptop

Butiran Mengenai Intel Core i9-8950HK Tertiris – CPU Core i9 Pertama Khusus Untuk Laptop

Diterbitkan pada Feb 15, 2018 oleh .

CPU Intel Core i9 diumumkan oleh Intel di acara Computex Taipei pada tahun lepas, dan ia dilihat sebagai CPU siri Intel Core yang terpantas di pasaran. Hampir setahun kemudian, nampaknya Intel bakal mengumumkan kehadiran sebuah lagi CPU Intel Core i9 yang direka bukan untuk komputer desktop, tetapi untuk peranti laptop.

Butiran khusus mengenai CPU Intel Core i9-8950HK tertiris baru-baru ini melalui laman web VideoCardz yang hadir dengan screenshot dari perisian penanda aras 3DMark yang menunjukkan perbezaan diantara CPU Core i9-8950HK tersebut dengan CPU Core i7-8750H.

Diantara butiran yang ditunjukkan termasuklah jumlah teras dan bebenang kuasa CPU Intel Core i9 tersebut, yang hadir dengan enam teras dan 12 bebenang kuasa pada kelajuan asas 2.9GHz dan Turbo Boost sepantas 3.9GHz.

Walaupun CPU Core i9 ini hadir dengan jumlah teras dan bebenang yang cukup banyak, TDP (Thermal Design Power) CPU ini masih hanya setinggi 45W, iaitu sama seperti CPU-CPU laptop Intel yang lain.

Tirisan butiran ini juga dikatakan hadir melalui sebuah laptop MSI yang hadir dengan dua kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080, jadi ada juga kemungkinan besar bahawa laptop-laptop yang bakal hadir dengan CPU ini akan mempunyai tanda harga yang cukup tinggi sekali.


TIPS & ULASAN