Mi Mix 2S Dijangka Hadir Dengan Snapdragon 845, Bateri 3400mAh, Android Oreo

Mi Mix 2S Dijangka Hadir Dengan Snapdragon 845, Bateri 3400mAh, Android Oreo

Diterbitkan pada Feb 15, 2018 oleh .

Desas-desus mengenai Xiaomi Mi Mix 2S telah kedengaran sejak beberapa minggu lepas, dan kini pihak XDA-Developers melaporkan yang mana mereka telah menerima akses kepada fail firmware peranti berkenaan – sekaligus mengesahkan kewujudan peranti tersebut.

Daripada fail firmware yang didapati, Mi Mix 2S dilihat akan menyertakan cip Snapdragon 845, bateri 3400mAh, dan menjalankan Android 8.0 Oreo. Peranti ini juga akan menggunakan rekaan skrin 18:9, dan dengan nama Mi Mix, kita akan dapat melihat rekaan nirbingkai untuk telefon pintar ini.

Ciri-ciri lain yang dijangka disertakan adalah termasuk sokongan IR Blaster, dan aplikasi kamera yang boleh mengenal pasti sesuatu objek untuk mengoptimasikan mod rakaman – lebih kurang seperti pada Redmi Note 5 Pro.

Kita mungkin mendengar lanjut dan melihat rekaan peranti ini dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN