Microsoft Memudahkan Proses Pemindahan Gambar Dari Telefon Ke Komputer

Microsoft Memudahkan Proses Pemindahan Gambar Dari Telefon Ke Komputer

Diterbitkan pada Feb 15, 2018 oleh .

Microsoft hari ini telah melancarkan sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai Photos Companion untuk Android dan iOS. Melaluinya, Microsoft ingin memudahkan proses pemindahan gambar yang dirakamkan daripada telefon ke PC dengan mudah dan pantas.

Menggunakan aplikasi ini, pengguna akan diperlukan untuk menghubungkan ke rangkaian WiFi yang sama seperti komputer mereka, dan seterusnya mengimbas kod QR khusus yang dipaparkan pada aplikasi Windows 10 Photos.

Photos Companion

Ia seterusnya akan memulakan proses pemindahan gambar, dan akan dipaparkan serta-merta pada aplikasi Photos di komputer Windows 10.

Aplikasi ini mungkin amat berguna bagi anda yang tidak ingin melakukan proses muat-naik dan turun melalui storan awan seperti OneDrive dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba aplikasi Photos Companion ini hari ini.

Muat-Turun Photos Companion untuk Android

Muat-Turun Photos Companion untuk iOS


TIPS & ULASAN