Samsung Memberikan Sebab Mengapa Kemaskini Android 8.0 Untuk Galaxy S8 Dihentikan

Samsung Memberikan Sebab Mengapa Kemaskini Android 8.0 Untuk Galaxy S8 Dihentikan

Diterbitkan pada Feb 15, 2018 oleh .

Pagi ini kami melaporkan kemaskini Android Oreo untuk Samsung Galaxy S8 dan S8+ telah dihentikan secara mengejut. Fail kemaskini juga telah dipadam dari laman rasmi Samsung. Sebab mengapa ia dihentikan akhirnya telah dikongsi oleh pihak Samsung.

Menurut Samsung, mereka menerima laporan sebahagian pengguna mengalami masalah peranti yang melakukan reboot secara rawak. Bagi mengelakkan masalah ini dari dialami oleh lebih banyak pengguna, Samsung bertindak menghentikan proses kemaskini buat masa ini. Tiada tarikh rasmi bilakah proses kemaskini akan dimulakan semula belum diumumkan.

Buat masa ini, kami sendiri yang telah melakukan kemaskini Android 8.0 Oreo pada Galaxy S8+ tidak mengalami sebarang masalah, dan masih menggunakannya seperti biasa. Bagi anda yang telah melakukan kemaskini, adakah anda mengalami masalah reboot rawak yang diperkatakan ini?


TIPS & ULASAN