Cari @ Amanz

Tinggal sembilan hari sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy S9 dilancarkan secara rasmi di MWC. Semalam Samsung berkongsi tiga video acah pendek yang memberikan petunjuk fungsi menarik peranti pintar ini.

Pagi ini sebuah lagi video acah dikongsi dengan penekanan kepada kemampuan kamera. Dengan menggunakan tema “Camera Reimagined” visual video memberikan petunjuk kamera Galaxy S9 mempunyai kemampuan seperti sebuah kamera DSLR. Turut dapat dilihat ialah iris mata yang mengecil sekaligus mengesahkan ura-ura bukaan kamera boleh ubah Samsung W2018 akan digunakan. Fungsi seakan Animoji juga dapat dilihat dengan lebih jelas.

Tahun lalu penekanan diberikan kepada peranti berskrin nirbingkai. Memandangkan rekaan nirbingkai sudah menjadi biasa di pasaran, penekanan kepada kamera ini mungkin gimik yang bijak kerana kekuatan peranti Samsung memang sejak akhir-akhir ini terletak pada kameranya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd