Cari @ Amanz

Terdapat beberapa speaker pintar di pasaran sekarang masing-masing dengan keistimewaannya yang tersendiri. Apple HomePod menjanjikan kemampuan audio yang tinggi pagi pengguna ekosistem Apple. Sonos One pula dijual pada harga lebih mampu milik dan bersandar kepada jenama Sonos yang terkenal di dalam dunia audio.

Kedua-dua speaker pintar ini walaubagaimanapun berkongsi satu masalah yang sama iaitu meninggalkan kotoran pada permukaan kayu. Seperti kami laporkan semalam, kaki silikon di bahagian bawah HomePod merembeskan minyak sehingga meninggalkan kotoran berbentuk bulat pada permukaan kayu. Apple segera menyarankan pengguna meletakkan pelapik bagi mengelakkan ini dari berulang.

Sonos One juga memberikan masalah yang sama. Seperti HomePod, speaker pintar ini menggunakan pelapik silikon pada bahagian bawahnya. Pihak Sonos telah dihubungi mengenai masalah ini dan akan menyiasatnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd