Cari @ Amanz

Kita kini hidup di dunia pasca PC. Lebih banyak telefon pintar digunakan berbanding komputer desktop. Sungguhpun begitu untuk melakukan tugasan di pejabat, ramai masih memilih menggunakan PC kerana ia mempunyai kuasa memproses yang lebih tinggi berbanding peranti pintar.

Workstation ialah kelas PC yang mempunyai kuasa memproses yang lebih tinggi berbanding PC biasa. Bagi pemilik Workstation, anda boleh meningkatkan kemampuannya di masa hadapan dengan kemaskini Windows 10 Pro.

Windows 10 Insider Preview Build 17101 (RS4) telah dilancarkan semalam. Antara fungsi baru yang disertakan ialah mod Ultimate Performance dalam sistem pengurusan kuasa. Mod ini akan meningkatkan kemampuan PC ke tahap paling tinggi tanpa mempedulikan penggunaan kuasa.

Secara default kesemua PC menggunakan tetapan Balanced. Sekiranya kuasa diperlukan pengguna boleh mengubah kepada tetapan Maximum Performance. Mod Ultimate Performance ini hanya boleh diaktifkan pada Workstation yang menggunakan Windows 10 Pro kelak. Ia juga tidak boleh diaktifkan pada komputer yang menggunakan bateri kerana akan menggunakan kuasa pada kadar yang tinggi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd