Dubai Memulakan Operasi Pod Mobiliti Swapandu Untuk Perjalanan Jarak Dekat

Dubai Memulakan Operasi Pod Mobiliti Swapandu Untuk Perjalanan Jarak Dekat

Diterbitkan pada Feb 16, 2018 oleh .

Bandaraya yang paling ke hadapan dari segi penggunaan teknologi ialah Dubai. Pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh PBT bagi menguji teknologi terkini yang akan memudahkan kehidupan penduduk. Terkini Dubai telah memulakan operasi pod mobiliti dengan kemampuan swapandu untuk perjalanan jarak dekat.

Setiap pod berkuasa elektrik ini mampu membawa sepuluh orang penumpang, empat duduk dan enam berdiri. Ia bergerak pada kelajuan maksimum 20 kilometer sejam. Penumpang menggunakan aplikasi telefon pintar untuk memanggil pod yang kemudian membawa mereka ke destinasi pilihan.

Pod ini mensasarkan pengguna yang mungkin tidak mahu berjalan dan tidak memerlukan perkhidmatan seperti Uber ke destinasi. Setiap pod mampu berfungsi selama dua jam sebelum perlu dicas yang memakan masa enam jam.

Pengenalan sistem pod ini ialah inisiatif Dubai untuk mensasarkan 25% sistem pengangkutan awamnya menggunakan sistem swapandu. Sistem lain yang telah diperkenalkan ialah pengguna teksi Tesla Model X dan pengenalan teksi terbang Volocopter dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN