Carian
Adakah Snapdragon 855 Akan Menjadi Cip Terawal Qualcomm Dengan Rekaan 7nm?
February 16, 2018 Aman

Qualcomm sedia menggunakan cip pemprosesan dengan rekaan 10nm sebelum ini, dan dengan perkembangan arena teknologi, semestinya pelbagai pengeluar bersaing untuk memperkenalkan cip pemprosesan dengan rekaan 7nm sepantas mungkin.

Kini, hadir info awal, mengatakan Qualcomm Snapdragon 855 mungkin menjadi cip pemprosesan pertama dengan rekaan 7nm. Cip ini dijangka diperkenalkan pada awal 2019 kelak.

Info ini dikatakan hadir daripada pengeluar (kontraktor) dan bukannya pihak Qualcomm sendiri.

Sekiranya benar, maka kita mungkin akan dapat melihat cip pemprosesan yang berkuasa dan beroperasi pantas – tetapi pada masa yang sama menjimatkan penggunaan tenaga bateri.

Seperti biasa, ini hanya sekadar desas-desus awal sahaja, dan kesahihannya masih menjadi tanda tanya. Apakah kita akan melihat cip dengan rekaan 7nm seawal 2019 kelak?

Komen