Carian
Google Membuang Butang “View Image” Pada Hasil Carian Gambar Untuk Elak Gambar Dicuri
February 16, 2018 Aman

Menjadi kebiasaan untuk ramai pengguna yang membuat carian gambar daripada Google Image, dan kemudiannya menggunakan ia tanpa memberikan kredit kepada pihak yang tepat. Kini, dalam usaha mengatasi pencurian gambar, selain menggalakkan pengguna melawat laman pemilik gambar berkenaan, Google kini membuat sedikit perubahan pada paparan hasil carian gambar mereka.

Bermula hari ini, pengguna tidak lagi akan dipaparkan dengan pilihan butang “View Image” ketika melihat hasil carian gambar.

Google Image Search

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan menggalakkan seseorang untuk melawati laman asal – dan memberikan trafik serta pendapatan melalui iklan untuk pemilik laman berkenaan.

Selain butang “View Image”, Google Image Search juga turut telah membuang pilihan “Search By Image” pada hasil carian. Namun, pengguna masih boleh membuat carian dengan kaedah seperti klik-kanan pada gambar atau menggunakan bar carian Google.

Komen